Izinkan Aku Melafazkan..
Kedinginan suasana petang dek hujan yang turun dengan lebatnya. Aku tiada pilihan selain duduk menyendiri di dalam kamar kecilku sambil melayan perasaan dengan mendengar lagu-lagu yang telah aku “save”kan dalam MP3 sony ku.
“Arghh....bosannya. nak keluar rumah pun hujan lebat. Nak buat apalah. Nak online pun bosan. Adoi.. ‘’. Getus hati kecil Haridz Ridzuan. Kedengaran pintu bilikku diketuk oleh seseorang. Aku lantas bangun dari pembaringanku melangkah menuju ke pintu bilik.
“Eh, mama. Kenapa ma ? ‘’. Kata Ridz sebaik sahaja melihat kelibat mamanya di muka pintu. “Ridz, mama have something to tell you.. ‘’. Ujar Puan Safina sambil melangkah menuju ke birai katil milik Haridz. “About what mama ? macam penting je ‘’. Soal Haridz dengan penuh kehairan.
“Ridz, mama nak Ridz kahwin dengan Shila. ‘’. “What ?? ‘’. Haridz terkejut dengan kata-kata Puan Safina sebentar tadi. Suasana dalam bilik terdiam seketika. “Mama,Ridz tak akan kahwin dengan Shila ma. Dia tak setaraf dengan kita ma. Takkan Ridz nak kahwin dengan budak miskin macam tu ma. Ridz taknak dan tak akan ma.. ‘’ kedengaran lantang suara Haridz.
“Ridz, tak baik sayang..tak elok Ridz cakap macam tu..”.lembut suara Puan Safina. “Ma,,Ridz tak akan jatuh cinta pada orang yang tak setafar dengan kita...”
“Ridz,,Shila tu baik budaknya,,sopan dan hormat orang tua pula...”
“Tapi mama Ridz tak nak...macam mana perkahwinan kami nak bahagia nanti kalau Ridz tak pernah cintakan dia..”
“Ridz,,cinta boleh dicari...cinta tak semestinya hadir masa kita sedang bercinta. Mama dengan arwah papa dulu pun tak pernah bercinta. Perkahwinan kami diatur oleh orang tua..”
“Mama,,itu dulu ma..dulu lain sekarang lain..”
“Ridz,dengar cakap mama sayang..Ridz akan temu kebahagian kalau Ridz berkahwinan dengan Shila...”
“Tapi mama...”.kata-kat Ridz mati disitu.
“Ridz,mama nak Ridz tahu selama ini mak Shilalah yang jaga makan minum kita Ridz. Dialah yang menyiapkan semuanya. Tanpa dia entah apalah nak jadi...”
“Tapi, mama dia sekadar anak orang gaji kita ma. Nanti apa kata kawan-kawan Ridz mama. Haridz Ridzuan berkahwin dengan seorang anak orang gaji..malu mama..malu..”.kini kedengaran semakin meninggi suara Haridz Ridzuan.
“Ridz,pangkat dan kedudukan tak penting sayang. Mama rela kalau harta mama semua hilang janji jangan kebahagiaan anak mama dirampas...” Keadaan menjadi suram seketika. Haridz Ridzuan yang sedari tadi berdiri di tepi almari pakaiannya kini duduk di atas sofa.
“Mama taknak Ridz berkahwin dengan orang yang nakkan harta kita. Mama yakin Shila tak macam tu. Pokoknya Ridz tetap akan berkahwin dengan Shila. Ridz mesti bersedia sebulan dari sekarang...”sambung Puan Safina sedikit tegas.
BERSAMBUNG.......






5 Komen:
best2..nk taw sambungannye...:)
Ok, AWAN NETWORK akan sambungnya dalam masa terdekat.. :)
kat mne leh dptkan novel nie?
dekat sini je sebab penulisnya member pemilik AWAN NETWORK
ble nk smbg? dh bape ari dh nie... x saba menunggu..
Post a Comment